"BILA TAKDIR BERBICARA, LIDAH KELU TIDAK TERKATA. ALLAH ITU MAHA ADIL,
MAHA MENGETAHUI SETIAP KEHENDAK HAMBA-NYA. TARBIYAH-NYA PENUH HIKMAH. BILA HATI
TAWAKAL PADA-NYA, KETENANGAN PASTI MENYINGGAH. TERSENTUH AKAN NIKMAT KASIH-NYA
PADA DIRI. KATAKAN PADA HATI, SEGALANYA PUNYA HIKMAH YANG TELAH CANTIK DI SUSUN
-NYA. SENYUM LAH SELALU WALAU DI UJI, WALAU HATI RASA TAK MAMPU DENGAN UJIAN.
KITA PERLUKAN-NYA LEBIH DARI SEGALA-GALANYA. DI MANA DIA DI HATIKU? CARILAH DIA
DISETIAP LANGKAH"
Hati manusia sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk mengharungi
perasaan yang Allah anugerahkan ini.
Saat hati diuji dengan kecintaan pada manusia, airmata menjadi peneman setia.
Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya.
Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai
satu nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala
ia bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa,
andai perasaan ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.
Aku hamba Tuhanku, bukan hamba cinta manusia..!
Seringkali berdoa agar Allah hilangkan perasaan yang bukan pada tempat dan
waktunya, supaya dapat terus mengharungi kehidupan seperti biasa. Dan Allah itu
Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Andai diberikan lagi ujian
menguji hati, lebih hebat dan perlunya ketahanan Iman yang lebih mantap untuk
mengharungi ujian ini.
Sungguh, Dia menguji dengan hikmah. Setiap darinya diselitkan pengajaran,
bukan sekadar ujian kosong. Berdiri hari ini, meneruskan langkah, berbekal
keyakinan yang tinggi padaNya, berserah segala padaNya. Meniti hari dengan
tanda tanya yang hanya Allah akan beri jawapan suatu hari nanti.
Antara
bertemu cinta manusia, atau lebih pasti untuk bertemu janji denganNya di
akhirat sana.! Aku hanya manusia biasa, kita hanya manusia biasa, yang sedang sentiasa
cuba perbaiki diri. Mengagumi srikandi Islam dahulu,mengagumi sahabat-sahabt
Nabi terdahulu, namun jauh sekali dibandingkan dengan mereka. Mendidik
diri, mendidik jiwa, mentarbiyah hati agar terus kuat melangkah dengan pasti,
penuh keyakinan pada janji Ilahi. Berpegang teguhlah dengan tali Allah, agar
kita tahu bahawa Allah sedang melakar sesuatu yang indah sebagai jalan
kehidupan kita walau ia ujian sukar buat kita.
“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kau susahkan, semoga segalanya berakhir
dengan baik
“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga
Notakaki : Andai bidang pengurusan perniagaan mengajar kita mengurus sebuah
perniagaan dengan baik, perlunya juga kita belajar bidang pengurusan hati agar
ia dapat diurus dengan baik berpandukan iman dalam diri.
(sumber :http://myheartinislam.blogspot.co.id/2013/11/manusia-dan-ujian-hati-muhasabah-diri.html)